PERUTUSAN DEKAN FAKULTI EKONOMI & MUAMALAT SEMPENA iCEPS-6 2010

Saturday, March 27, 2010

PENGENALAN iCEPS 6

KONVENSYEN KEUSAHAWANAN ISLAM
      
Konvensyen Keusahawanan Islam (iceps) merupakan program tahunan yang wajib dianjurkan oleh mahasiswa/i tahun akhir Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Konvensyen ini merupakan projek mega mahasiswa/i tahun akhir FEM dalam menguji keupayaan mereka menguruskan majlis yang besar seperti ini yang melibatkan pelbagai pihak bermula dari pihak fakulti sendiri, pengurusan universiti, agensi kerajaan dan swasta, ahli korporat dan sebagainya.

      Di dalam konvensyen ini, elemen keusahawanan merupakan aktiviti utama yang dititikberatkan. Sebagaimana yang diketahui, keusahawanan merupakan suatu aset penting dalam pembangunan ekonomi negara. Bidang keusahawanan merupakan kerjaya pilihan masa kini dan merupakan antara peluang kerjaya yang sangat luas untuk diterokai sepenuhnya oleh sesiapa sahaja. Melalui keusahawanan, pelbagai peluang dapat ditembusi seterusnya dapat membantu mengurangkan masalah pengangguran yang menjadi dilema para graduan dewasa ini. Justeru itu,dapat dilihat semakin ramai mahasiswa yang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

      Di samping itu, keusahawanan ini juga bukan sahaja membangunkan ekonomi negara malah ia juga mampu membangunkan ekonomi masyarakat Islam pada masa kini. Bagi merealisaikan harapan kerajaan dalam membangunkan ekonomi negara, suatu inisiatif perlu diambil bagi mencapai hasrat tersebut. Secara tidak langsung, bidang keusahawanan dapat diluaskan lagi dengan kehadiran produk baru yang jauh lebih berkualiti.

      Oleh yang demikian, melalui kesinambungan dari iceps yang lepas, Konvensyen Keusahawanan Islam (iceps 6) 2010 akan diadakan pada 5 hingga 8 Ogos 2010 bertempat di Perkarangan Stadium Tertutup Nilai yang berhadapan dengan kampus utama Universiti Sains Islam Malaysia yang bertemakan "’Encouraging Professionalisme Through Entrepreneurship".Diharapkan ICEPS-6 2010 kali ini dapat menjadi satu landasan bagi mewujudkan serta melahirkan usahawanan yang berlandaskan syariah Islam di Malaysia khususnya dan di peringkat global amnya.

No comments:

Post a Comment