PERUTUSAN DEKAN FAKULTI EKONOMI & MUAMALAT SEMPENA iCEPS-6 2010

Tuesday, September 7, 2010

Maskot iCEPS6


Assalamualaikum

Alhamdulillah
Setelah berhempas-pulas berusaha menyiapkan maskot sejak dari bulan Jun 2010 yang lalu akhirnya pihak iCEPS6 ingin memperkenalkan secara rasmi maskot iCEPS6 hari ini

Maskot ini adalah hasil tangan Pengarah Penyelaras 1 dan juga ahli iCEPS6 sendiri dengan bantuan seorang tukang jahit dan juga kedai-kedai welding kawasan berhampiran untuk membentuk kepala maskot.

Walaupun tiada langsung pengalaman dalam menghasilkan maskot, kami pihak iCEPS6 berusaha juga membuat maskot ini demi mencapai apa yang kami angan-angankan sejak beberapa bulan lepas. Tidak dinafikan wujud pelbagai rintangan dalam proses menyiapkan maskot ini.  Dengan penuh kesungguhan dan tanpa rasa putus asa kami cuba juga  menyiapkan maskot ini.

Dengan ini kami pihak iCEPS6 dengan rasminya ingin memperkenalkan kepada umum Maskot iCEPS6












Syukran jazilan kathiran diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menyiapkan maskot ini.

No comments:

Post a Comment